Kejadian selepas perang Perang Punic Ketiga

Runtuhan Carthage

Ramai rakyat Carthage mati akibat kebuluran semasa tempoh terakhir pengepungan, sementara yang lain mati semasa enam hari terakhir perang. Apabila perang tamat, sisa 50,000 penduduk Carthage, satu bahagian kecil daripada jumpa asal penduduk sebelum perang, sepertimana nasib yang biasa berlaku kepada penduduk kota-kota yang dijarah, dijual dalam perhambaan oleh para penakluk.[2] Kota ini secara sistematik dibakar selama 10 hingga 17 hari; tembok-tembok kota, bangunan dan pelabuhannya juga dimusnahkan sepenuhnya.

Wilayah Carthage selebihnya diduduki oleh Rom dan disusun kembali menjadi wilayah Rom di Afrika. Tapak Carthage telah dibina semula dan didedikasi sebagai sebuah kota Rom oleh Julius Caesar dan kemudian menjadi salah satu dari kota-kota utama di Rom Afrika pada zaman Empayar.

Tentera Rom kemudian menabur kota dengan garam bagi memastikan tiada apapun yng dapat tumbuh di sana lagi dan hampir dipastikan dengan ciptaan kurun ke-19.[3] Kisah-kisah sezamannya menunjukkan tanah di sekitar Carthage telah diistiharkan ager publicus dan ia dikongsi antara petani tempatan, Rom dan Itali. Afrika Utara kemudian menjadi satu sumber bijirin penting kepada penduduk Rom. Roman Carthage adalah pusat pengangkutan bekalan utama ke ibu negara. Fakta bahawa kebergantungan Rom terhadap bijirin Afrika Utara sepantas yang ia lakukan selepas penaklukan Carthage menjadikan sebarang idea bahawa Rom telah memusnahkan ladang-ladang Carthage adalah meragukan.

Sejumlah kota-kota penting Carthage, seperti di Mauretania, diambil alih dan dibina semula oleh Rom. Antara contoh kota-kota yang dibina semula adalah Volubilis, Chellah dan Mogador. Volubilis, sebagai contoh, adalah sebuah kota Rom yang terletak berdekatan sempadan paling barat ditakluk Rom. Ia telah dibina di tapak yang dahulunya adalah penempatan Carthage, tetapi penempatan ini di atas habitat awal neolitik.[4] Utica, kota Punic yang mana telah menukar kesetiaan pada awal pengepungan, menjadi ibu negara wilayah Afrika Rom.[1]

Pada Januari 1985, Ugo Vetere, datuk bandar Rome, dan Chedly Klibi, datuk bandar Carthage, telah menandatangani satu pakatan simbolik persahabtan dan kerjasama, "secara rasminya" menamatkan konflik antara bandar-bandar mereka.[5]